Google Form

 

Tata Cara Penggunaan 

Kaedah terbaik untuk mendapatkan informasi maklumat data pengguna ialah dengan menggunakan aplikasi Google Forms. Dalam hal ini, kita dapat mengetahui lebih lanjut tata cara dan perincian penggunaan aplikasi Google Forms seperti gambar rajah yang terdapat dalam tata cara memulakan borang baru melalui fungsi Butang Baru seterusnya membuat pilihan dan memilih Google Forms.

 

Langkah Pertama (1).  


 
Gambar rajah 3.1.1: Langkah pertama (1), tata cara memulakan dokumen borang baru
 
 

Langkah Kedua (2).

Pengguna boleh memulakan pengisian atau mengemaskini tajuk pada ruangan borang Google Forms anda dibahagian Page 1. (Gambar rajah 3.1.2) 

 

Gambar rajah 3.1.2: Tata cara memulakan mengemaskini bahagian tajuk pada borang Google Forms

 

Untuk tujuan mengemaskini borang Google Forms, terdapat empat (4) langkah yang perlu diberi perhatian, iaitu bahagian Edit, Questions, Change Theme, View Responses dan View Live Form seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.3 iaitu:- 
 

Bil

Perkara

Kegunaan

1.      

Edit Questions

Menghasilkan soalan

2.      

Change Theme

Mengubah tema latar belakang

3.      

View Responses

Melihat maklumat yang berjaya disimpan

4.      

View Live Form

Melihat Form yang dihasilkan


Jadual 3.1.2: Tata cara memulakan mengemaskini bahagian tajuk pada borang Google Forms

 

Langkah Ketiga (3).

          Secara umumnya, terdapat beberapa soalan yang perlu dikemaskini pada ruangan perkara Edit Questions. Gambar rajah 3.1.3, ia sebagai panduan kepada pembuat soalan untuk memastikan menggunakan semua elemen-elemen penting yang tersedia seperti Penulisan Soalan (Question Title), Penerangan Kepada Soalan (Help Text), Pilihan Borang atau Jawapn yang dikehendaki (Question Type) dan yang terakhir Ruangan Penulisan Jawapan (Their Answer) yang dibezakan mengikut pilihan soalan yang tersedia.

 

 Gambar rajah 3.1.3: Tata cara memulakan mengemaskini bahagian tajuk pada borang Google Forms
 
Ketersediaan borang jenis pilihan jawapan juga terdapat dalam Google Forms seperti berikut:-

a) Teks - Meliputi struktur pilihan jawapan yang berasaskan kenyataan pendek
b) Teks perenggan - Meliputi struktur penghuraian teks jawapan yang panjang
c) Pilihan pelbagai - Pilihan jawapan beraneka
d) Tandakan kotak - Pilihan jawapan melebihi daripada 1 jawapan yang dikehendaki bagi mendapatkan jawapan berbentuk struktur
e) Pilih dari senarai - Pilihan senarai jawapan daripada senarai yang pelbagai, hanya 1 jawapan yang dibenarkan.
f) Skala - Pilihan senarai jawapan daripada senarai, hanya 1 jawapan yang dibenarkan.
g) Grid – Pilihan jawapan yang berbentuk bersilang antara satu dengan yang lain
h) Tarikh
i) Masa
 
 

Langkah Keempat (4).

Proses selanjutnya ialah, proses bagaimana pengguna boleh memuat naik atau memasukkan imej ke dalam borang pengguna tersebut. Ia boleh diletakkan di antara sebelum atau selepas soalan lain atau sebahagian daripada borang pengguna. Oleh itu, ia amat berguna untuk soalan kuiz yang menunjukkan Peta, Carta, dan Imej lain yang berkaitan dengan soalan tersebut. Dan, untuk memulakan aktiviti penambahan gambar atau imej tersebut pengguna boleh mengikuti langkah seperti berikut:-

a) Untuk menambah gambar, klik pada butang Add item atau klik Insert di bahagian pilihan menu atas.
b) Kemudian memilih Imej (Image) dalam menu pilihan (drop down).
c) Laman Insert image akan tersedia dan memberi pengguna banyak pilihan untuk membuat pilihan gambar.
 
 

 
Gambar rajah 3.1.4: Tata cara elemen-elemen fungsi memuat naik imej Google Forms
 
Berdasarkan penjelasan gambar rajah 3.1.4, memberi penerangan setiap fungsi elemen-elemen yang terdapat di dalam ruangan imej Google Forms. Dan penerangan ini boleh huraikan melalui ikon-ikon seperti A, B,C,D,E dan F iaitu seperti berikut:-


A. (Upload) Muatnaik, pengguna boleh menyemak dan memuat naik melalaui rangkaian pemacu keras pengguna untuk mencari dan memuat naik imej.
B. (Take a snapshot) Mengambil gambar, Jika pengguna mempunyai kamera Web, pengguna boleh terus mengambil gambar dan memasukkannya.
C. (By URL) Melalui URL, Pengguna boleh mengemaskini alamat web imej yang sudah ada dalam talian internet.
D. (Your Albums) Album pengguna, Jika pengguna menyimpan gambar dalam Google+ Photos atau Picasa Web Album, pengguna boleh memuat naik melalui album pengguna dan masukkan sebarang imej.
E. Google Drive, Pilih imej yang disimpan ke Google Drive pengguna atau berkongsi dengan pengguna melalui Drive.
F. (Search) Carian, pengguna boleh mencari imej daripada beberapa sumber dalam talian:
 
i Carian Google Imej untuk gambar public-domain
ii Gambar dari Majalah Life
iii Stock Images - Gambar Clip-Art yang berkualiti tinggi
 
Membuat Penggredan menggunakan capaian Flubaroo
 
Fungsi utama capaian Flubaroo adalah Add-On percuma yang membantu pengguna membuat penilaian gred dengan cepat yang dihasilkan dengan Google Forms. Apabila pengguna membuat pentaksiran dengan Google Forms, Flubaroo boleh digunakan untuk memberi gred kepada jawapan pelajar, e-mel keputusan mereka, dan memberi maklumat terperinci mengenai pencapaian pentaksiran pelajar. Bagaimana menggunakan Flubaroo ada diterangakan dalam gambar rajah 3.2.0 dan 3.2.1. Terdapat beberapa langkah dalam menggunakan Flubaroo untuk membuat penilaian dalam talian. Secara umumnya, langkah-langkah utama ialah:

a) Membuat pentaksiran dalam Google Forms.
b) Menghantar jawapan yang betul melalui Google Forms untuk dijadikan skema jawapan.
c) Menghantar borang tersebut kepada pelajar untuk tujuan pentaksiran.
d) Memasukkan Flubaroo Add-on ke dalam Google Spreadsheet.
e) Flubaroo memberi gred kepada jawapan pelajar dan melihat keputusan.
f) E-mel gred pentaksiran pelajar.
 
 

 
Gambar rajah 3.2.0: Fungsi capaian Flubaroo untuk kegunaan Google Forms dan Google Sheets
 
 
 
 Gambar rajah 3.2.1: Akses tata cara capaian Flubaroo
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Google Lens

Google Docs

Google Forms