Google Forms
Pengertian
Google Forms adalah borang maya yang membolehkan anda mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul daripada responden yang telah anda tetapkan. Contohnya apabila anda menghendaki maklumat berkenaan serta maklumat peribadi responden.
Anda boleh memulakan borang baru menggunakan Google Forms dan menghantar melalui peranti atau gajet terkini. Pengguna atau penerima anda boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki dan menghantar kepada anda dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dan tablet. Aplikasi Google Forms ini berfungsi, memberi kelebihan kepada anda dalam menguruskan data serta berinteraksi dengan pengguna anda. Gambar rajah 3.1 memberikan anda gambaran pengertian lanjut dan permulaan memulakan dokumen baru Google Forms dan beberapa informasi yang anda boleh digunakan seperti di bawah:
a) Menumpulkan maklumat pengguna.
b) Membina borang undian.
c) Menguruskan kehadiran.
d) Mengumpulkan hasil dapatan responden kajian.
e) Membina Instrumen soal selidik.
f) Menghasilkan analisis dapatan data, instrumen atau soal selidik.
g) Menghasilkan soalan kuiz.
h) Menghasilkan soalan penilaian dan pentaksiran.

Comments
Post a Comment