Google Stadia
Pengertian Google Stadia merupakan satu aplikasi yang telah dibangunkan oleh Google. Aplikasi ini membolehkan pengguna bermain permainan alam maya moden di hampir semua skrin yang pengguna miliki. Ia melibatkan sistem operasi Google mengendalikan semua kuasa pemprosesan dan memancarkannya kepada pengguna melalui sistem bersepadu. Melalui Google Stadia tiada muat turun atau pemasangan yang perlu dibimbangkan, jika peranti pengguna dapat menjalankan penyemak imbas Google Chrome, ia dapat mengendalikan Google Stadia (tidak hanya dengan fungsi dimensi tertinggi 4K, HDR, atau 5.1 Surround Sound). Google Stadia boleh di akses secara terus melalui TV pengguna (menggunakan Chromecast Ultra), komputer desktop, komputer riba, tablet, dan telefon pintar, walaupun buat masa ini hanya pada model Pixel 3 dan 3a. Sekiranya internet pengguna dapat menyokong kapasiti ini, Google Stadia dapat menstrimkan permainan pada resolusi 4K dengan HDR dan 5.1 suara surround pada 60fps, semuanya melal...