Bahan Rujukan

Kesimpulan

Secara jelas kepentingan pembangunan aplikasi komputer banyak membantu dalam kegiatan harian manusia, daripada peringkat kegunaan peribadi hingga ke alam perniagaan mahupun organisasi. Inisiatif kemudahan rangkaian perisian aplikasi percuma yang disediakan oleh syarikat gergasi Google limited liability company (LLC) ini amat dialu-alukan sebagai satu kemudahan kepada masyarakat dunia untuk menikmati kemudahan rangkaian dalam talian dan memudahkan aktiviti-aktiviti kerja harian seperti aplikasi Google Docs, Google Form, Google Stadia dan Google Lens

Justeru, sebagai pengguna ia menjadi wadah perubahan yang baik untuk melatih kemahiran dan memupuk budaya kreativiti masing-masing. Mengambil contoh, penggunaan aplikasi Google Lens ini mampu mengimbas dan menterjemahkan teks ataupun gambar yang akan diambil dengan hanya menggunakan akses kamera telefon pintar pengguna dan kemudahan seperti ini memudahkan pengguna tanpa perlu bertukar ke banyak aplikasi yang lain. Ketersediaan Google Docs, menjadi tidak asing lagi kepada pengguna web Google, syarikat ini memberikan akses secara percuma seperti menawarakan dokumen pelbagai guna dalam talian untuk kegunaan dokumen Microsoft Word, Excel dan juga Powerpoint dan tidak terhad kepada atas talian tetapi setiap dokumen ini juga boleh diakses melalui storan luar talian.

Tidak ketinggalan kegunaan Google Forms dan Google Stadia turut memainkan peranan penting, seperti Google Forms banyak membantu memudahkan pengurusan pekerjaan seperti kajian ilmiah, pengumpulan data secara kualitatif secara dalam talian. Manfaat melayari Google tidak terhad kepada bentuk pembelajaran, tetapi lebih menyeronokkan dengan permainan alam maya Google Stadia yang direka khas buat penggemar permainan moden dan sesuai untuk golongan masa kini.
Dengan itu, setiap aplikasi yang dibangunkan ini banyak memberikan manfaat kepada penggunanya. Ia membantu dari sudut sektor pendidikan, perniagaan dan lain-lain, dan setiap kelebihan ini perlu digunakan dengan sebaiknya oleh para pengguna dan sebagai pengetahuan tambahan kepada setiap golongan masyarakat.
 

 Pautan


  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Docs

  2. https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Forms

  3. https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Lens

  4. https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Stadia

Comments

Popular posts from this blog

Google Lens

Google Docs

Google Forms