Google Docs
Pengertian
Aplikasi web Google Docs, dilancarkan secara rasmi pada 9 Mac 2016 oleh syarikat gergasi Google (LLC) yang berpengkalan di negara Amerika Syarikat seperti paparan gambar rajah 2.0 iaitu pengenalan dan sejarah Google Dcos. Pada umumnya, ia berasal daripada dua produk yang berasingan iaitu Writely dan XL2Web. Syarikat perisian Upstartle telah melancarkan perisian Writely ini pada bulan ogos 2005, ia dikenali sebagai web yang menyediakan pemprosesan teks untuk kegunaan perisian komputer seperti mengarang, proses format, menyunting dan mencetak dokumen. Hasil percubaan menggunakan perisian Ajax selepas dijadikan hanya sebagai eksperimen oleh penatucara Sam Schillace, Steve Newman dan Claudia Carpenter berfungsi sebagai kandungan dokumen yang boleh diubahsuai.
Lanjutan daripada kejayaan tersebut, pada bulan Mac 2010 Google telah berkerjasama dengan syarikat DocVerse iaitu syarikat yang menawarakan dokumen pelbagai guna dalam talian untuk kegunaan dokumen Microsoft Word, Excel dan juga Powerpoint. Hasil daripada keberkesanan penggunaan dokumen ini ditambah baik dan secara rasminya digunakan pada bulan April 2010. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan produktiviti tersebut pada Jun 2012 Google telah berkolaborasi dengan QuickOffice untuk melaksanakan perisian bebas kepada pengguna terutama kepada peranti mudah alih
Justeru, pada bulan Oktober 2012, syarikat gergasi Google telah menjenamakan semula produk Google Drive sebagai sistem bagi perkhidmatan penyimpanan dan penyegerakan fail bagi memudahkan pengguna untuk menyimpan dokumen dalam fail mereka ke dalam peranti serta boleh berkongsi fail tersebut secara atas talian.
Comments
Post a Comment