Posts

Showing posts from April, 2021

Google Stadia

Image
    Pengertian Google Stadia merupakan satu aplikasi yang telah dibangunkan oleh Google. Aplikasi ini membolehkan pengguna bermain permainan alam maya moden di hampir semua skrin yang pengguna miliki. Ia melibatkan sistem operasi Google mengendalikan semua kuasa pemprosesan dan memancarkannya kepada pengguna melalui sistem bersepadu. Melalui Google Stadia tiada muat turun atau pemasangan yang perlu dibimbangkan, jika peranti pengguna dapat menjalankan penyemak imbas Google Chrome, ia dapat mengendalikan Google Stadia (tidak hanya dengan fungsi dimensi tertinggi 4K, HDR, atau 5.1 Surround Sound). Google Stadia boleh di akses secara terus melalui TV pengguna (menggunakan Chromecast Ultra), komputer desktop, komputer riba, tablet, dan telefon pintar, walaupun buat masa ini hanya pada model Pixel 3 dan 3a. Sekiranya internet pengguna dapat menyokong kapasiti ini, Google Stadia dapat menstrimkan permainan pada resolusi 4K dengan HDR dan 5.1 suara surround pada 60fps, semuanya melal...

Google Lens

Image
  Pengertian Kini anda hanya memerlukan satu teknologi mudah alih iaitu aplikasi Google Lens untuk mendapatkan informasi dengan cepat, dilengkapi teknologi pengecaman gambar ia akan memaparkan maklumat yang relevan dengan objek menggunakan analisis visual melalui kamera telefon pintar anda. Aplikasi Google Lens dibangunkan oleh syarikat gergasi teknologi multinasional Amerika Syarikat iaitu Google LLC. Gambar rajah 4.0 ialah ikon logo rasmi Google melancarkan aplikasi pintar Google Lens pada 4 Oktober 2017. Pada mulanya ia hanya dilancarkan melalui Google Assistant untuk kegunaan telefon Pixel dan Pixel 2. Sebelum ia dibangunkan secara rasmi ke dalam Google Foto untuk telefon Pixel dan buat pertama kali pada 5 March 2018 google melancarkan Google Lens ke Google Foto untuk kegunaan telefon bukan jenis Pixel. Pada 15 March 2018 sokongan Google Lens dalam Google Photos dilancarkan untuk pengguna iOS serta sokongan Google Lens juga terdapat didalam Google Assistant untuk kegunaan peran...