Google Lens
Pengertian
Kini anda hanya memerlukan satu teknologi mudah alih iaitu aplikasi Google Lens untuk mendapatkan informasi dengan cepat, dilengkapi teknologi pengecaman gambar ia akan memaparkan maklumat yang relevan dengan objek menggunakan analisis visual melalui kamera telefon pintar anda. Aplikasi Google Lens dibangunkan oleh syarikat gergasi teknologi multinasional Amerika Syarikat iaitu Google LLC. Gambar rajah 4.0 ialah ikon logo rasmi Google melancarkan aplikasi pintar Google Lens pada 4 Oktober 2017.
Pada mulanya ia hanya dilancarkan melalui Google Assistant untuk kegunaan telefon Pixel dan Pixel 2. Sebelum ia dibangunkan secara rasmi ke dalam Google Foto untuk telefon Pixel dan buat pertama kali pada 5 March 2018 google melancarkan Google Lens ke Google Foto untuk kegunaan telefon bukan jenis Pixel. Pada 15 March 2018 sokongan Google Lens dalam Google Photos dilancarkan untuk pengguna iOS serta sokongan Google Lens juga terdapat didalam Google Assistant untuk kegunaan peranti OnePlus dan disatukan ke dalam telefon pintar aplikasi Android.
Pada bulan Jun 2018 aplikasi Google Lens telah tersedia untuk pengguna Google Play dan untuk akses penggunan aplikasi ini ia memerlukan peranti Android Marshmallow (6.0) dan akhir 10 Dsimeber 2018 Google melancarkan aplikasi tersebut kepada pengguna peranti sistem iOS. (Gambarajah 4.1).

Comments
Post a Comment