Google Lens
Tata Cara Penggunaan
Kaedah penggunaan aplikasi ini, mampu mengimbas dan menterjemahkan teks ataupun gambar yang akan diambil. Dengan cara mengimbas atau mengambil gambar secara terus dari peranti telefon pintar anda seperti dokumen fizikal pelbagai format, bahan kertas kerja, buku penulisan dan apa sahaja bentuk ilmiah yang terdapat kandungan teks penulisan. Ia memudahkan pengguna untuk membuat salinan dokumen yang penting dan terus menghantar dokumen tersebut ke e-mel untuk di muat turun ataupun di simpan.
Malah, Ketersediaan ciri pemetaan carian Google Lens melalui gambar memudahkan pengguna memperoleh maklumat gambar mahupun maklum balas lokasi turut tersedia berdasarkan aktiviti popular pengguna setempat. Sebagai contoh, pengguna mungkin mengalami kesulitan untuk mencari mercu tanda bangunan atau informasi tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Google Lens akan mengimbas gambar yang di muat naik dan memberikan informasi mengenai penilaian tempat, waktu operasi dan lain-lain.
Kekuatan Google Lens apabila dapat mengenal pasti objek dengan hanya membaca kod bar, kod QR (quick response), label halaman web dan maklumat yang relevan. Contohnya, ketika mengarahkan kamera telefon ke objek ke label Wi-Fi yang mengandungi nama dan kata laluan rangkaian ia mampu disambungkan secara automatik ke rangkaian Wi-Fi yang di imbas tadi.
Keterujaan mengenal pasti kepelbagaian alam flora dan fauna semakin menarik, melalui gambar yang di ambil anda mampu mendapatkan informasi secara cepat, tepat dan jelas. Fungsinya ialah dengan mengambil gambar objek menggunakan teknik pengecaman dan mengenal pasti gambar pada kamera serta mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai tumbuh-tumbuhan, haiwan dan objek lain. Sebagai contoh, pengguna sendiri tidak berkeyakinan terhadap barang yang ingin dipilih terutama apabila mengenali jenis-jenis barang seperti tumbuh-tumbuhan atau jenis-jenis rempah, maka dengan adanya Google Lens ia membantu mengimbas gambar dan memberikan maklumat terperinci terhadap barangan yang akan dibeli secara lebih cepat dan jelas.
Penggunaan aplikasi Google Lens tidak terhad kepada mengimbas atau menterjemahkan dokumen yang diambil, tetapi ia mampu merancang jadual atau tarikh-tarikh yang penting. Ini sering terjadi apabila jika pengguna melihat papan iklan di tepi jalan, risalah, kad temu janji atau tarikh penting tetapi tidak mempunyai masa untuk membuat salinan penuh informasi tersebut. Dengan mengarahkan telefon pintar anda ke arah dokumen yang ingin diimbas dan kemudian tekan pada tarikh dokumen tersebut ia akan memberikan informasi tepat ke aplikasai kalendar anda dan pengguna boleh mengubahnya sesuai mengikut kehendak masing-masing.
Selain daripada itu, fungsi pencarian inspirasi peribadi, kelengkapan rumah hingga pencarian maklumat segera boleh dibantu menggunakan Google Lens. Melalui telefon pixel serta sebilangan telefon pintar yang lain, mengarahkan kamera telefon pintar anda ke arah objek yang di ingini kemudian tekan dan tahan di mana-mana objek yang diperlukan. Pada masa yang sama infromasi objek tersebut akan terpapar pada skrin telefon anda secara automatik, kemudahan seperti ini memudahkan pengguna tanpa perlu bertukar ke banyak aplikasi yang lain.
Comments
Post a Comment