Google Docs

 

Tata Cara Penggunaan 

Sememangnya Google Docs ini boleh diakses melalui aplikasi web seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer Microsoft Edge dan Apple Safari dan turut tersedia untuk aplikasi mudah alih sistem seperti Android, iOs, Windows, Blackberry dan terdapat dalam perisian komputer iaitu ChromeOS google. Pengguna secara bebas dan tanpa had boleh menggunakan akses semua jenis dokumen Google Docs. Dedikasi tinggi pada tahun 2014, Google sekali lagi melancarkan penggunaan aplikasi telefon mudah alih untuk kegunaan sistem operasi Android dan iOS dan pada tahun 2015 telah mengemaskini laman web dan sistem mudah alih untuk diseragamkan kepada semua pengguna untuk mengakses dokumen atau fail dengan hanya menggunakan aplikasi web mudah alih.         
        

        Untuk memulakan akses Google Docs, seperti yang paparan dalam gambarajah 2.1.0 dan 2.1.1, pengguna terlebih dahulu mendaftar secara percuma sebagai ahli Gmail Google yang sah dan pendaftaran boleh menggunakan komputer peribadi, sistem operasi mudah alih Android atau iOS dan juga tablet. Namun, fungsi akaun premium turut tersedia iaitu G Suite yang dikhaskan untuk tujuan perniagaan dan terdapat bayaran akan dikenakan untuk mengakses secara penuh kegunaan Google Docs bagi fungsi Microsoft Word.

 

 

 Gambar rajah 2.1.0: Tata cara memulakan proses penulisan melalui komputer

 

 

 


 


 

Gambar rajah 2.1.1: Tata cara memuat turun Google Docs melalui komputer atau perisian telefon mudah alih

 

Penggunaan Google Docs membolehkan pengguna menyimpan, menyunting, menyeragamkan dan berkongsi fail atau dokumen seterusnya disimpan didalam akaun Google Drive pengguna (Gambar rajah 2.1.2) . Namun terdapat had kapasiti Google Drive untuk menyimpan fail atau dokumen yang dimuat naik oleh pengguna walaupun fail tersebut untuk dimuat naik kepada pengguna lain. Antara beberapa jenis fail yang boleh disimpan dan dimuat naik iaitu dokumen, gambar audio dan video.

 


Gambar rajah 2.1.2 : Penyuntingan dan gaya teks pilihan anda 

 

        Oleh itu, had saiz setiap dokumen atau fail yang boleh disimpan hingga 1.02 juta patah perkataan tanpa mengira helaian atau saiz jenis perkataan. Dan fail dokumen yang telah di ubahsuai format seperti GDOC tidak boleh melebihi daripada 50 Megabyte (MB), imej gambar tidak melebihi 50 MB dan hanya dalam bentuk format JPG, PNG atau GIF bukan animasi.
Kepelbagaian fungsi format yang disokong oleh Google Docs boleh memudahkan dokumen tersebut boleh disunting atau ditukar kepada format seperti format Microsoft Word (DOCX), Open Document Format (ODT), Rich Text Format (RTF), PDT, Plain Text (TXT), Web Page (HTML - ZIPPED) dan EPUB Publication (EPUB). Fail ini boleh di muat naik atau muat turun menggunakan komputer peribadi pengguna.(Gambarajah 2.1.3)

 

 

 

Gambar rajah 2.1.3 : Kepelbagaian versi dan gaya salinan dokumen teks.

 

        Pengenalan akses secara storan di luar talian telah dilancarkan pada bulan Mac 2014, ini memudahkan pengguna dapat melakukan proses menyimpan atau menyunting dokumen tanpa sambungan secara atas talian. Oleh itu, pengguna disyorkan untuk menggunakan fungsi web Google Chrome Extension sebagai sambungan terus ke Google Docs Offline dan sokongan Google Docs secara storan luaran talian turut disokong oleh sistem operasi Android dan juga iOS. (Gambar rajah 2.1.4 dan 2.1.5)


 

 

Gambar rajah 2.1.4: Tingkatkan kualiti dokumen anda menggunakan fungsi tambahan.


 

 

Gambar rajah 2.1.5: Perkongsian dokumen pada bila-bila masa. 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Google Lens

Google Docs

Google Forms