Aplikasi Google
Pengenalan
Kini, hasil ciptaan pembangunan Teknologi Maklumat banyak membantu dan membawa perubahan aktiviti masyarakat kepada satu demensi yang baru. Tidak dinafikan setiap kecanggihan teknologi ini memanfaatkan kelompok pengguna dengan mudah untuk memperolehi maklumat dengan cepat dan tanpa batasan.Erti kata lain, penerokaan teknologi maklumat ini banyak diterokai oleh organisasi-organisasi yang berskala besar seperti Google, Yahoo, Microsoft Corporation dan syarikat Apple. Malah, kemunculan gergasi teknologi multinasional Google (LLC) yang berpengkalan di Amerika Syarikat banyak mempelbagaikan fungsi perkhidmatan mereka sejak ditubuhkan pada tahun 1998 seperti perkhidmatan produk capaian internet, teknologi iklan dalam talian, enjin gelintar (search engine), perisian dan perkakasan. Dan, penyediaan perkhidmatan ini boleh diakses dengan mudah dan diperolehi melalui capaian komputer peribadi, telefon pintar mahupun tablet.
Oleh itu, antara penawaran rangkaian produk perkhidmatan dan perkongisan Google seperti Carian Gelintar (Google Search) Google Dokumen (Google Docs), Borang Google (Google Form), E-mel, Pengurusan masa dan penjadualan (Google Calendar) banyak membantu dalam setiap perancangan kerja menjadi lebih efisien dan mudah untuk diakses kepada penggunanya. Tidak terhenti disitu, pengembangan ini turut dibangunkan untuk sistem operasi seperti pautan mudah alih Android pada fungsi dalam laman sesawang Google Chrome dan Sistem Operasi Google Google Operating System (OS).
Antara aplikasi tersebut ialah Google Lens, Google Stadia, Classroom, Google Photo dan pelbagai aplikasi lagi yang boleh didapati dalam Google Drive, dan perolehan ini bukan sahaja boleh diakses melalui sistem operasi pengguna Andriod tetapi turut terdapat untuk pengguna storan Apple (Apps Store). Akses Google Drive ini diberikan secara percuma storan sehingga 15 Gigabyte (GB) untuk satu akaun dan dapat dilayari dari pelbagai peranti dengan akses sambungan internet.
Secara keseluruhan, tumpuan bahan kajian Aplikasi Google kali ini memberi tumpuan kepada Google Dokumen (Google Docs), Google Form, Google Lens dan Google Stadia dalam kegunaan harian dan banyak membantu pengetahuan kepada pengguna untuk merancakkan permintaan teknologi dan meningkatkan produktiviti individu, kelompok masyarakat mahupun organisasi yang berskala besar.
Klik sini untuk ketahui Jenis Produk
Comments
Post a Comment